Tuesday, December 14, 2010

Sebagai penutup tirai Mountain Bike 2010, pada Ahad 12hb Disember 2010 lalu, seramai lebih 500 peserta telah mendaftarkan diri di Kuala Linggi Race Jamboree bertempat di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Kuala Linggi, Melaka dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Datuk Wira Abu Seman Yusup. Jambori ini di jayakan oleh Kuala Linggi Cycling Club (KLCC) dan ditaja oleh Pengedar Basikal Polygon (Rodalink) dan  jaguh lumba basikal negara iaitu Anuar Manan telah menjuarai Jambori kali ini. Kami juga turut tidak ketinggalan bersama menjayakan program ini dengan mengedar Thaaji secara percuma kepada semua peserta dan juga tidak ketinggalan menghantar 2 orang rider. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan pihak penganjur walaupun terdapat beberapa kesilapan di trek. Apepun setinggi perhargaan untuk pihak penganjur kerana telah mencuba yang terbaik walaupun pertama kali diadakan. Kami di Fadhilat Thaaji akan berehat seketika dan bertemu lagi ditahun hadapan 2011 dengan aksi lebih menarik dan mencabar!


Juara Kuala Linggi-Anuar Manan
Shahrin Amir Thaaji/Bianchi- tempat ke2
Walaupun masih 16 tahun..Junior Thaaji-Zul tempat ke12
Inilah Tiga Abdol (Puncacipta) dari Terengganu juga turut serta 

Rider Giant-Azizul Azli- Frust sbb tayar depan pecah
pemenang pertama, kedua dan ketiga
Group pertama 5 peserta - semua sprint 100 meter terakhir untuk mendapat tempat
Tahniah dari tpt pertama hingga kelima
Sofi Thaaji(tgh) masih cedera ditgn dan tidak dpt sertai pertandingan
Big boss Fadhilat Herb(baju putih) di kios Thaaji
Agung Tiga Abdol dr Punca Cipta
Bianchi Shahrin Amir- buat cari makan ni hehe..
Penghulu PCP-Haslan
anuar manan-masih berbisa
amir kayuh dr kl ke kuala linggi skadar tempat ke2
Share |