Monday, September 6, 2010

Pada 5hb September 2010, Fadhilat Herbs telah menyertai PROGRAM SINGGAH SAHUR BERSAMA KETUA MENTERI MELAKA. Turut sama menjayakan program ini ialah dari Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka, BMW Club dan BLM club. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim dan jurang kemasyarakatan antara kita semua sempena bulan mulia Ramadhan Al Mubarak ini. Program ini dikhususkan buat insan-insan yang kurang berkemampuan dan kurang upaya. Semoga program ini diharap telah menjadi pemangkin keceriaan mereka menjelang tibanya Syawal kelak.. Insya'Allah


Friday, September 3, 2010

Julung kalinya pada 6,7 dan 8hb Ogos telah berlansung pertandingan Langkawi International Mountain Bike Challenge dan disertai lebih 700 peserta dari dalam dan luar negeri dan dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad selaku penasihat kejohanan. Ini adalah salah satu pernganjuran peringkat antarabangsa yg besar bagi sukan Mountain Bike di negara kita. Fadhilat MTB Team telah menghantar 2 org peserta di pertandingan ini krn pada hari yg sama 8hb. Ogos juga berlangsungnya MCC Jamboree Pagoh, Muar. Fadhilat MTB Team telah berjaya mendapat tempat ke 4 (walaupun terjatuh sewaktu menghampiri penamat) bagi kategori Junior (bawah 16 thn) . Tahniah kepada semua pemenang dan juga pihak penganjur..bertemu lagi di tahun hadapan ..Insya'Allah!




Share |