Friday, November 26, 2010

21hb November telah berlangsung SHIMANO-UUM BIKE CHALLENGE 2010 di Sintok, Kedah dan di hadiri lebih kurang 1000 peserta. Fadhilat Thaaji turut sama dalam menjayakan program ini sebagai salah satu penaja minuman dan juga tidak ketinggalan menghantar 2 orang peserta tajaan iaitu Shahrin Amir dan Mohd Sofi. Tahniah buat Shahrin Amir Bianchi/Thaaji (Due Roda Extreme) kerana berjaya menjadi juara dalam pertandingan ini dan memenangi hadiah Shimano XTR group set. Kami turut berdukacita diatas kemalangan menimpa Mohd Sofi semasa pertandingan sehingga sendi siku tangan kanannya mengalami kecederaan. Apepun syabas kepada semua pihak terutama pihak penganjur SHIMANO, BAIK BIKE (Online Cycling Magazine), GIANT, SPECIALIZED dan pihak UUM sendiri kerana telah menyediakan satu pertandingan yang begitu meriah dan bertenaga sekaligus mengangkat martabat sukan lasak Mountain Bike di Malaysia


tahniah Amir - juara uum-shimano 2010

Thaaji Team
Sofi terjatuh semasa turun bukit dibantu 2 peserta lain
kecederaan di siku tgn kanannya dan di lutut kiri
menahan kesakitan sementara menunggu pasukan perubatan
group pertama sampai di checkpoint 1 diberikan air Thaaji
semoga cepat sembuh.. takda rezeki kat UUM Shimano
masziyaton yg br balik sukan asia pun turut serta 

syabas amir
inilah tpt rider Thaaji jatuh..downhill laju sgt hehe..
tak cukup dgn minom..mandi air thaaji skali hehe..
lunch - ait thaaji, tembikai dan nasi lemak




*Photos by -
 - asmadi boo-rider (facebook)
 - sarifuddin yaakob  (facebook)
 - shapiah rajali (facebook) 
Share |