Showing posts with label jamboree. Show all posts
Showing posts with label jamboree. Show all posts

Saturday, December 4, 2010

Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam diseluruh negara khususnya penggemar sukan lasak Mountain Bike di Malaysia. Sempena pembuka bagi kalendar baru hijrah dan sebagai penutup tirai Mountain Bike untuk tahun 2010, Kami akan berada di Kuala Linggi , Melaka pada 12hb Disember 2010 dan akan membuka 'booth' untuk memberikan Air Thaaji secara percuma kepada semua pengunjung yang berminat untuk merasai dan menikmati Thaaji. Fadhilat MTB juga akan menghantar 2 orang rider iaitu Shahrin Amir (Thaaji/Bianchi) dan Zul (Thaaji)Temui kami di sana dan bersama-sama kita memeriahkan pertandingan ini kerana hadiah yang besar telah disediakan pihak penganjur untuk pemenang dan juga pengunjung. Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan, 45 kilometer ini, anda boleh melayari:

http://www.klcc-kualalinggicyclingclub.blogspot.com







Fox Xtreme MTB
Fox Racing Men's Featherweight 2 Running ShoeFox Live Wire Full-Zip Bike Jersey - Short-Sleeve - Men's


Wednesday, November 3, 2010


Pada 30hb Oktober 2010 (sabtu malam ahad), jam 8.30pm telah berlangsung satu pertandingan ECC MTB NITE JAMBOREE 2010 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka atau dikenali juga KAYUHAN BURUNG HANTU. Julung kalinya Jamboree MTB diadakan pada waktu malam. Trek sejauh lebih kurang 45km juga agak licin dan becak kerana hujan turun agak lebat pada waktu petang sebelum pertandingan bermula Seramai lebih kurang 1400 orang peserta telah mengambil bahagian dengan bayaran rm50 seorang termasuk beberapa rider dari Fadhilat MTB termasuk rider2 kami dari Perlis .Amat mengecewakan sedikit terdapat masalah teknikal pada malam tersebut kerana belakan elektrik terputus (blackout) dalam jangkamasa lebih 2 jam sehingga peserta pertama berjaya menamatkan perlumbaan dalam kegelapan. Peserta dari no 001 telah mengungguli tempat pertama dengan catatan masa 1 jam 57 minit dan ini melengkapkan beliau sebagai juaran ECC Burung Hantu selama 2 tahun berturut-turut. Apapun tahniah kepada semua pemenang dan semua yang telah hadir pada malam itu. Jumpa lagi di tahun hadapan!

geng2 strike fullbar pun turut sama mlm itu..
memang lasak..hehe
bunga api di acara pembukaan
rokok takleh tinggal ke bro..
geng2 Thaaji dari utara
kita minum dulu..Thaaji menambah tenaga!
takde rezeki kali ni.. cuba lagi zul
tahniah ezlynn dpt no5 (kategori wanita)
Nan power race pun kayuh jugak
fairuz strike
geng2 strike fullbar
Share |